Pertandingan Augmented Reality

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas,22 Jun 2019, bersempena dengan hari terbuka, PI Kg Luak telah mengadakan pertandingan Augmented Reality untuk pengunjung berusia 12 tahun dan ke bawah.

Seramai 14 orang peserta sekolah rendah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta dengan aplikasi Quiver. Quiver adalah satu aplikasi yang mempersembahkan imej 2D dalam bentuk 3D dan animasi. Semua peserta teruja dengan hasil kerja masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali